Saturday 15 March 2014

Ayat Tunggal




Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
2. Subjek ialah bahagian yang diterangkan manakala predikat
bahagian yang menerangkan.
3. Binaan ayat tunggal menyamai ayat dasar.
4. Kebanyakan ayat tunggal terdiri daripada ayat penyata.

Contoh Ayat Tunggal

1. Karim ialah seorang guru.
2. Buah betik sangat sedap.
3. Cerita itu sungguh sedih.
4.Pemuda itu sangat tampan.
5.Pak Abu terlupa makan ubat.
6.Encik Nordin pergi ke hospital.
7.Johari suka makan durian.
8.Susila hendak membeli tepung.

Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa , iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.


Subjek = Lelaki itu


Predikat = sedang menembak burung .
Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal
(subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).




Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. 

Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. 

Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) 

Nama encik siapa? 

Berapakah keuntungan kita hari ini? 

Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Contoh RPH KBSR Tahun 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh                        : 28 Januari 2013
Masa                          : 10.20 pagi hingga 11.20 pagi (60 minit)
Kelas                         : 5 Anggerik
Bilangan Murid       : 32 orang (16 Lelaki, 16 Perempuan)
Umur Murid              : 11
Mata Pelajaran        : Bahasa Melayu
Tema                         : Kebudayaan
Tajuk                         : Variasi Tari Malaysia
Hasil Pembelajaran :
·         Fokus Utama :
3.2 Menghuraikan maklumat dengan menggunakan alasan yang menyakinkan.
Aras 2 (1) Mengembangkan idea berdasarkan pemerhatian dengan menyatakan bukti yang sahih.
·         Fokus Sampingan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Aras 2 (i) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.
Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
1)    Mengenalpasti jenis-jenis tarian yang terdapat di Malaysia.
2)    Memberikan pendapat masing-masing berkenaan dengan tarian yang terdapat di Malaysia.
3)    Mengkategorikan jenis tarian dengan suku kaum bagi tarian tersebut.
4)    Membina lima daripada enam ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan.
Sistem Bahasa :
·         Tatabahasa : Ayat Tunggal
·         Kosa Kata : Magunatip, Gawai, Ngajat
·         Peribahasa : tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Pengisian Kurikulum :
1) Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
2) Nilai Murni : Hormat-menghormati, menghargai warisan negara, kerjasama, berani mencuba
3) Kemahiran Bernilai Tambah :Kemahiran Berfikir
                                                            Kemahiran Teknologi dan Komunikasi
                                                            Kecerdasan Pelbagai
                                                            Pembelajaran Kontekstual
Bahan Bantu Mengajar : LCD, Speaker, Komputer dan Slaid
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah didedahkan dengan jenis-jenis tarian yang terdapat di Malaysia dan juga konsep ayat tunggal.
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit)
·         Tayangan gambar-gambar jenis tarian di Malaysia.
·         Soalan :
1)    Apakah yang dapat anda lihat berdasarkan tayangan sebentar tadi.
2)    Adakah warisan tersebut masih dikekalkan sehingga sekarang?
1) Guru menayangkan gambar-gambar tarian yang terdapat di Malaysia.
2) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai tayangan gambar sebentar tadi.
 3) Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.
BBM :
·         Komputer
·         LCD
·         Speaker
KBT :
·         Pembelajaran Kontekstual.
·         Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Pengetahuan Sedia Ada
Nilai Murni :
·         Menghargai Warisan Negara
Langkah 1
(10 minit)
-Tayangan video tarian-tarian yang terdapat di Malaysia.
-Soal jawab dengan pelajar :
1)    Nyatakan 2 jenis tarian yang terdapat dalam tayangan video sebentar tadi.
2)    Apakah jenis tarian bagi suku kaum Iban berdasarkan tayangan video sebentar tadi?
3)    Namakan jenis tarian yang ditarikan oleh suku kaum di Sabah?
4)    Adakah mempunyai pengalaman menyaksikan atau merasai sendiri menarikan tarian tersebut?
1)    Guru menayangkan tayangan video yang mengandungi pelbagai jenis tarian yang terdapat di Malaysia.
2)    Guru meminta murid memerhati dengan teliti setiap suku kaum yang menarikan tarian tersebut.
3)    Guru bersoal jawab dengan beberapa orang pelajar berdasarkan video yang ditunjukkan sebentar tadi.
BBM :
·         LCD
·         Komputer
·         Speaker
KBT :
·         Kemahiran Berfikir
·         Kecerdasan Pelbagai
·         Pembelajaran Kontekstual
·         Kecerdasan Pelbagai
Nilai Murni :
·         Berani Mencuba
·         Hormat-menghormati
Langkah 2
(15 minit)
Suai padan jenis tarian dengan suku kaum yang terdapat di Malaysia.
·         Melayu (Tarian Joget)
·         India (Tarian Bharata Natyam)
·         Cina (Tarian Kipas)
·         Iban (Tarian Ngajat)
·         Orang Ulu (Datun Julud)
·         Kadazan (Tarian Magunatip)
·         Orang Asli (Tarian Sewang)
1)    Guru akan menayangkan gambar-gambar tarian dan nama suku kaum.
2)    Beberapa orang murid diminta untuk menyuai padankan jenis tarian dengan suku kaum tersebut.
3)    Murid yang lain juga digalakkan berbincang antara satu sama lain.
4)    Guru akan berbincang jawapan tersebut dengan seluruh isi kelas.
BBM :
·         LCD
·         Slaid
·         Speaker
·         Komputer
Pengetahuan Sedia Ada
KBT :
·         Kemahiran Berfikir
·         Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Nilai Murni :
·         Berani Mencuba
·         Hormat-menghormati
·         Kerjasama
Langkah 3
(10 minit)
Soalan uji minda :
1) Apakah tarian yang menggunakan buluh?
2) Tarian Joget ditarikan oleh kaum apa?
3) Apakah nama perayaan yang sesuai ditarikan dengan Tarian Ngajat?
4) Tarian Datun Julud berasal daripada mana?
1) Guru akan menyoal pelajar untuk menguji minda mereka berkenaan dengan tajuk yang diberikan.
2) Murid akan mencuba menjawab soalan-soalan yang dipaparkan di slaid.
BBM :
·         LCD
·         Speaker
·         Komputer
·         Slaid
KBT :
·         Kemahiran Berfikir
Langkah 4
(15 minit)
Perkataan :
·         Gawai
·         Kipas
·         Buluh
·         Tari
·         Melayu
·         Baju
1) Guru akan menunjukkan enam contoh kata tunggal kepada pelajar.
2) Pelajar diminta membuat ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan.
BBM :
·         LCD
·         Slaid
·         Komputer
KBT :
·         Kemahiran Berfikir
Pengetahuan Sedia Ada
Penutup
(5 minit)
  • Kognitif
Rumusan Pelajaran.
  • Sosial
Rumusan Nilai Murni.
1) Guru akan merumuskan pembelajaran pada hari berkenaan.
2) Guru meminta pelajar bersama-sama menyanyikan lagu Gunung Kinabalu sambil menari bersama-sama.
BBM:
·         LCD
·         Speaker
·         Komputer
Peribahasa
KBT :
·         Kecerdasan Pelbagai

Latihan Ayat Tunggal


Latihan 1:

b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawa kepada dua ayat tunggal.
i) Setiap orang mengharapkan kebahagiaan dan kesejahateraan.

ii) Penonton perlawanan bola sepak terkejut apabila mendengar letupan yang kuat.

iii) Ibu bapa pealjar boleh menemui pihak pentadbiran sekolah jika menghadapi masalah



Latihan 2:

Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini dengan menggunakan kata penghubung yang sesuai supaya menjadi satu ayat yang sempurna.



Adi hendak mandi.

Badan Adi berasa segar.



...........................................................................................

Orang tua itu sedang tidur.

Dapur gas orang tua itu meletup.



.............................................................................................

Rosmah hendak makan.

Perut Rosmah terasa lapar.



..............................................................................................



Ibu membuka almarinya.

Ibu mengeluarkan sepasang baju kurung berwarna jingga.



...................................................................................................



Mereka hendak berkelah di East Coast?

Mereka hendak berkelah di Changi?

...................................................................................................