Wednesday, 3 April 2013

Latihan Kata Ganda 1




Latihan Kata Ganda

1.       _______________ merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap.

A.      Jejentik                        B. Lelabah           C. Rama-rama                    D. Pepijat



2.       Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________  di takung air.

A.      jejentik                        B. kekuda            C. rama-rama                     D. pepijat



3.       ____________ adalah sejenis menatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.

A.      jejentik                        B. lelabah            C. rama-rama                     D. pepijat



4.       Datuk saya sedang menebas ________________  di belakang rumah saya.

A.      Semak-samun           B. kayu-kayan                    C. bukit-bukau                  D. pepara



5.       Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .

A.      semak-samun           B. kayu-kayan                    C. bukit-bukau                  D. pepara



6.       Jurutera itu menggunakan _____________  untuk melukis sudut 90 darjah.

A.      Pepara                          B. kayu-kayan                    C. Sesiku              D.  jejari



7.       Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.

A.      Jejantas                       B. jambatan                        C. jejambat         D. jejari



8.       ____________  Puan Siti boleh menaip dengan cepat sekali.

A.      Jejari             B. jari-jemari                      C. jejaki                                D. lelabi               



9.       __________  adalah alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. Ia just merujuk kepada kayu utk menahan bumbung rumah atau bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru.

A.    Kekuda                  B. sesiku                     C. jejaki                       D. gegendang



10.   ______________ yang merentangi jalan kereta api itu penuh sesak dengan kereta.

A.      Jejantas                       B. jambatan                        C. jejambat                         D. jejari





Jawapan :  1. B,  2. A,  3. D,   4. A,   5. D,  6. C,  7. A,  8. B,   9. A,  10. A

Latihan Kata Ganda 2-


Pilih kata ganda yang betul :
bantu-membantu            kering-kontang                 orang-orang                       lintang-pukang
gelap-gelita                        anai-anai                              lauk-pauk                            huru-hara
rama-rama                          basah-kuyup
1.)                Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.
2.)                Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.
3.)                Adik saya suka mengejar _____________________________  di taman bunga.
4.)                Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.
5.)                Jiran tetanggu seharusnya saling __________________________________ .
6.)                Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.
7.)                Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari New Zealand.
8.)                Keadaan di dalam kelas menjadi _______________________________ setiap kali guru tidak ada di dalam kelas.
9.)                Samy berlari _______________________________ apabila dikejar oleh anjing liar yang garang.
10.)             Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat.  Apa dayanya, dia tidak dapat menjadi tempat untuk meneduh, bajunya _______________________ .

Video : Cintai Sungai Kita


Latihan : Lengkapkan Karangan ( Pencemaran Sungai )


Lengkapkan karangan berikut dengan menyatakan punca-punca pencemaran sungai.
Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya kerana kita akan mewariskannya kepada generasi akan datang. Seharusnya, alam ini perlulalah digunakan dengan sebaik-baiknya, dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahandunia. Manusia lebih sibuk mengeksploitasi alam sekitar untuk kepetingan diri sendiri tanpa memikirkan tentang kesan kepada alam sekitar. Antara yang teruk terjejas akibat perbuatan manusia ini ialah sungai. Justeru, punca-punca yang menyebabkan pencemaran perlulah dikenal pasti dengan segera kerana adakah kita mahu menunggu sehingga sungai di negara sudah teruk tercemar, barulah kita hendak mengambil tindakan seperti pepatah µsudah terhantuk baru terngadah?
Antara punca pencemaran sungai ialah

Latihan : Bina ayat daripada kata ganda


1.    Sesetengah
________________________________________________________

2.    Aktiviti-aktiviti
_________________________________________________________

3.    Tangan-tangan
_______________________________________________________

4.    Penduduk-penduduk
_________________________________________________________

5.    Sampah-sarap
_________________________________________________________

6.    Merata-rata

_________________________________________________________

TATABAHASA : Kata Ganda




Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.

          Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan

1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

 Contoh : 
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat
 
sama ada sebahagian atau seluruhnya.

2.       Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh

1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
2 Kata Ganda Semu
1.       Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3.       Kata ganda semu terdiri daripada kata name.

Senarai Kata Ganda Semu
agaragar analanal angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput jentikjentik kanakkanak kisikisi kunangkunang
kudakuda kupukupu kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams sumpahsumpah ubunubun umangumang undangundang

3 Kata Ganda Separa
1.       Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima

2.       Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa

bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga

4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1.       Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:
(a)      persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-Jesus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri pindah-randah kacau-bilau
Gandaan Separa  Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.

Contohnya :
lelaki bebola lelabah pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi
Gandaan Berirama

1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contoh :
lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita

Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )

contoh :
tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang
tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan

Video : Jangan Membuang Sampah Kedalam Sungai






Karangan : Pencemaran sungai


Pendedahan media massa serta aduan awam mengenai isu pencemaran seperti perparitan, sungai, laut dan air amat membimbangkan kita. Kita sering digemparkan dengan penyakit-penyakit seperti demam denggi, chikungunya, meliodosis, leptospirosis dan pelbagai jenis penyakit lain. Peningkatan masalah ini merupakan petunjuk bahawa amalan kebersihan tidak diambil peduli oleh sesetengah masyarakat.

Sejak sekian lama segala keindahan dan kedamaian alam terutama sungai semakin pudar serta dinodai mengikut hawa nafsu yang dicemari oleh tangan-tangan manusia. Disebabkan sifat segelintir golongan masyarakat yang tidak bertanggungjawab, maka kita masih menghadapi pelbagai masalah pencemaran sungai. Pencemaran bukan sahaja berpunca daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak mesra alam, tetapi juga berpunca daripada aktiviti-aktiviti penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sepanjang sungai. Mereka menjadikan sungai sebagai tempat pelupusan sampah-sarap. Pencemaran ini bukan sahaja mengakibatkan ketidakselesaan, tetapi juga boleh memudaratkan kesihatan, khususnya kepada penduduk-penduduk yang tinggal di sepanjang sungai yang tercemar.

Jika dipandang daripada arus pemodenan dan kecanggihan teknologi, sepatutnya individu yang berakal atau cerdik sekurang-kurangnya dapat memainkan peranan menjaga alam sekitar. Sebaliknya masih terdapat ramai individu yang tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang dengan membuang sampah di merata-rata tempat. Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, maka selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Sikap seperti inilah yang perlu dikikis agar ia tidak menjadi ikutan kepada generasi akan datang. Peliharalah sungai ini dengan bertindak mulai sekarang sebelum terlambat.




Langkah perubahan sikap serta anjakan minda seharusnya digiatkan terhadap semua pihak dan masyarakat supaya sungai kekal bersih dan boleh digunakan dengan selamat. Ingatlah sungai yang bersih dapat menjamin kehidupan yang selesa, sihat dan bersih.