Thursday 28 August 2014

Contoh Pernyataan Profesional Praktikum

PERNYATAAN PROFESIONAL
Semester 7 tahun 2014 merupakan kesinambungan program praktikum yang telah saya lalui pada semester lepas dan praktikum fasa tiga ini dan yang terakhir sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) diharapkan dapat mengukuhkan lagi kompetensi saya dalam bidang ini . Praktikum fasa satu dan dua yang lepas telah memberikan pengalaman yang berharga kepada saya terutama dalam pengurusan bilik darjah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah terutama sekali dalam konteks Pendidikan Jasmani (PJ). Justeru, tanggal 14 julai hingga 12 september 2014 saya akan menjalani praktikum fasa ketiga di SK Wira  Jaya , ipohu diharapkan dapat mengukuhkan lagi kemahiran pedagogi saya.
            Sebelum menjejakkan kaki ke IPG ini juga saya pernah terdengar dan mendengar berkaitan latihan mengajar di mana guru pelatih akan pergi ke sekolah dalam tempoh masa tertentu untuk latihan mengajar sebelum ditauliahkan. Sebelum menjalani praktikum ini juga saya pernah bertanya kepada guru pelatih senior berhubung pandangan dan pengalaman mereka semasa menjalani praktikum di sekolah ini. Mereka berpendapat bahawa praktikum yang mereka jalani membawa pengalaman yang menyeronokkan dan seolah-olah sudah bekerja. Selain itu, berbagai ragam murid dapat mereka kenali dan belajar bagaimana mengatasinya. Oleh sebab itu, teori-teori yang dipelajari melalui kuliah-kuliah yang diberikan misalnya kursus profesional seperti Murid dan Alam Belajar, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Perkembangan Kanak-kanak dan Budaya & Pembelajaran, Kurikulum dan Pedagogi PJ dan PK diharapkan dapat saya gunakan semasa pengajaran kelak. Saya akan berusaha mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari misalnya teori Mosston dan Ashworth dalam pengajaran major saya yakni PJ.
            Selain itu juga, perhubungan yang positif dalam sesebuah organisasi amat penting dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi. Justeru, melalui praktikum ini saya akan membawa diri saya dengan menonjolkan perwatakan yang positif, menampilkan citra guru yang baik tanpa berpura-pura di hadapan mereka. Ini kerana kepura-puraan di hadapan orang hanya menyeksa diri dan tidak menampakkan keikhlasan. Oleh itu, apa yang baik dalam diri saya akan saya tonjolkan dan berikan dalam organisasi sekolah ini dan apa yang buruk saya atasi.
            Melalui praktikum ini juga saya harapkan saya mempu untuk mengenali anak-anak didik saya secepat yang mungkin misalnya mengetahui nama-nama mereka. Selain itu, saya berharap agar saya dapat belajar pengurusan dan pentadbiran di sekolah ini. Misalnya, pengurusan aktiviti kokurikulum terutama dalam mengendalikan aktiviti, kehadiran murid, pengurusan alatan sukan dan lain-lain. Saya juga berharap agar dapat membuat seberapa banyak bimbingan daripada guru pembimbing pengajaran major dan elektif saya berhubung pengurusan bilik darjah dan pengendaliannya. Ini kerana dalam pengajaran Pendidikan Jasmani kawalan dan pengelolaan pengajaran ini sukar untuk diuruskan sekiranya guru tidak peka dan mahir. Tidak seperti mata pelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan di dalam bilik darjah adalah mudah untuk mengawal murid kerana faktor keluasan bilik darjah yang kecil dan terhad jika dibandingkan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang luas ruang lingkupnya. Oleh sebab itulah, saya harap saya dapat membuat pemerhatian bagaimana guru mengajar dan menemubual bersamanya, misalnya bertanya berkaitan tingkah laku dan maklumat umum murid-murid  agar saya dapat mengenali murid-murid yang saya akan ajar nanti.
            Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberikan saya nilai tambah dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berjiwa guru sebenar guru dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam apa bentuk sekalipun.

Format Rancangan Pengajaran Harian BM KSSR 2014

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)
(KEMAHIRAN LISAN)


Tarikh /Hari       : 27.01. 2014
Hari                  : Isnin
Tahun               : 3 Cemerlang
Bil Murid           : 30 orang
Masa                : 9.10 – 10.10 pagi
Mata Pelajaran  : Bahasa Malaysia
Tema                : Kebudayaan
Tajuk                : Suasana Hari Raya

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.5  Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

1.5.2  Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

      i.        Menceritakan suasana hari raya berdasarkan gambar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

     ii.        Menceritakan suasana hari raya berdasarkan lirik lagu yang dibaca dengan menggunakan sekurang-kurangnya lima ayat tunggal dan tiga ayat majmuk.

Sistem Bahasa

·            Tatabahasa : Sintaksis – ayat tunggal  dan ayat majmuk
·            Kosa kata     : syawal, syukur, suasana, puasa, ketupat, rendang, wajik, dodol, rantauan

Pengisian Kurikulum

·         Ilmu                               : Muzik, Keusahawanan, Pendidikan Islam
·         Nilai Murni                    : Kesyukuran, Ketuhanan, Taat
·         Pendidikan Alam Sekitar : kecintaan akan keindahan desa
·         Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK
·         Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , mencipta ucapan hari raya
·         Elemen Keusahawanan
EK 1: 1.4   Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak idea

Kemahiran Bernilai Tambah

·         KB: Menghubung kait
·         KP: Verbal linguistik, Intrapersonal, muzik dan kinestatik
  • BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu
·         Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kebudayaan





Bahan bantu mengajar


Jenis
Bilangan
1
Komputer riba
1
2
LCD
1
3
Lirik lagu :  Suasana Hari Raya
18
4
Gambar tunggal
1
5
Borang rekod penilaian
i. Pemerhatian menggunakan borang penilaiam


1


Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai pengalaman berpuasa dan menyambut Hari Raya.

Langkah /masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Induksi Set (5 minit)

Soalan

1.   Namakan benda-benda yang ditunjukkan oleh guru.
2.   Apakah peristiwa yang boleh dikaitkan dengan benda-benda tersebut?

Isi pelajaran
Suasana Hari
Raya



·         Guru menunjukkan bahan-bahan maujud yang berkaitan dengan sambutan Hari Raya seperti kad raya, ketupat, pelita dll.

·         Guru bersoal jawab dengan murid.


·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
BBM
·         Bahan maujud

KB
·         Menghubung kaiit

BCB
·         Memproses maklumat

Pembelajaran Kontekstual
·         Menghubungkait kan dengan pengalaman dalam kehidupan


Langkah 1 (10 minit)

Lirik lagu Suasana Hari Raya

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
...
Aktiviti 1

·         Murid diperdengarkan rakaman laguSuasana Hari Raya.
·         Murid menyanyi mengikut rakaman yang diperdengarkan.


Aktiviti 2
·         Guru mempamerkan lirik lagu.
·         Murid membaca lirik lagu dengan tepat, sebutan yang betul dan intonasi yang betul.
 
BBM
·            Teks lagu – Suasana Hari Raya
·            Rakaman lagu

KB
·         Menghubung kait

KP
·            Verbal linguistik
·            Muzik

Nilai Murni
·            Hormat-menghormati
·            Kasih sayang

Pembelajaarn kontekstual
·               Menghubungkaitkan pengalaman menyambut perayaan
Langkah 2
 ( 15 minit)

 Contoh: Kosa kata yang berkaitan dengan Gambar / Lirik Lagu:
  • Ketupat
  • Duit raya
  • Rendang
  • Pelita
  • Bersyukur
  • Ziarah
  • Keriangan
  • Dll


Aktiviti 1
·      Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
·      Guru menunjukkkan gambar-gambar yang berhubung kait dengan lirik lagu.

Aktiviti 2
·      Guru meminta setiap kumpulan menyenaraikan kosa kata dalam lirik lagu yang berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan.
·      Murid dikehendaki membina sekurang-kurangnya lima ayat tunggal dan tiga ayat majmuk dengan menggunakan kosa kata dan perkataan-perkataan lain yang terdapat dalam lirik lagu.


BBM
·            Kad gambar

Contoh:
 
 
 










Pendekatan
·         Induktif

Teknik
·         Perbincangan

KP
·            Intrapersonal
·            Verbal linguistik
Nilai Murni
·            Kesyukuran
·            Hormat-menghormati

Penilaian objektif
·            Kosa kata yang disenaraikan.
·            Senarai ayat tunggal  dan ayat majmuk yang dibina oleh murid.

Langkah 3  ( 25 minit)


 

Cerita yang disampaikan oleh wakil setiap kumpulan.







Senarai ayat tunggal dan ayat majmuk yang digunakan oleh murid dalam cerita yang disampaikan.




Cerita yang disampaikan oleh murid berdasarkan pengalaman masing-masing.

Kad ucapan yang dibuat oleh murid

Aktiviti 1

1.    Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk bercerita berdasarkan gambar, lirik lagu yang telah dibaca dan ayat-ayat yang telah dibina.
2.    Kumpulan lain diminta menilai persembahan cerita dengan menggunakan borang penilaian markah.
3.    Guru mengulas persembahan kumpulan.

Aktiviti 2

1.     Guru meminta murid-murid yang lain
        mengenal pasti ayat tunggal dan ayat
        majmuk yang digunakan dalam cerita yang
        disampaikan oleh setiap wakil kumpulan.


Pengayaan

1.     Murid diminta menceritakan pengalaman
        menyambut  perayaan kaum masing- 
        masing dengan menggunakan ayat tunggal
        dan ayat majmuk yang betul.

Pemulihan

1.       Menyatakan sekurang-kurangnya  tiga jenis kuih-muih tradisional  semasa hari raya
BBM
·         Gambar kanak-kanak
·         Lirik lagu
·         Kad gambar

KP
·   Verbal Linguistik
·   Intrapersonal

Penilaian Objektif:
·         Guru memastikan murid bercerita dengan tepat, sebutan yang betul dan intonasi yang betul.
·         Senarai semak
·         Rujuk Jadual berikut.




kategori
Kriteria
Cemerlang
(5 bintang)
sebutan yang sangat jelas dan intonasi yang betul
Baik
(3 bintang)
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
Lemah
(1 bintang)
sebutan yang kurang jelas dan intonasi yang betul



Penutup
5 minit

Penutup Kognitif
Rumusan isi pelajaran
Sambutan hari perayaan dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sosial :
Menyanyi sambil mengaksikan lagu “Suasana Hari Raya” secara beramai-ramai.

  • Guru meminta murid merumuskan isi pelajaran dengan mengaitkan gambar-gambar dengan suasana Hari Raya.

  • Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu Suasana Hari Raya dengan iringan muzik.
BBM
·      LCD
·      Skrin
·      Lirik lagu
KB
·      Merumus
Nilai
·         Kebersihan
·         Kesyukuran

KP:
·      Verbal linguistik
·      Intrapersonal



Aktiviti Susulan: Menulis tiga rangkap pantun yang berkaitan dengan perayaan yang disambut oleh murid.

Wednesday 23 July 2014

Rancangan Pengajaran Harian KSSR PJ Tahun 2

Aspek 1 :  Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Tajuk :           Gimnastik Asas -Melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan

Standard  Pembelajaran :




Objektif Pembelajaran :
1. Boleh melakukan imbangan di atas bangku 4 daripada 5 percubaan.
2. Boleh mengira bilangan pundi kacang dengan betul.
3. Seronok dan bekerjasama.


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1)    Memanaskan badan-  Murid berjalan dengan hujung kaki secara ulang alik.
2)    Melakukan aktiviti :-
a)    Imbangan di atas bangku –
i. Murid berjalan di atas bangku dengan bergilir-gilir.
ii. Murid mesti mendepakan tangan untuk imbangan.







B) Berjalan Berpasangan di atas tali.






3.  Permaianan Kecil – (Imbangan dengan pundi kacang  )
a. Murid- murid dibahagikan kepada yang sama banyak.
b. Semasa murid berjalan imbangan di atas bangku, murid boleh meletakkan seberapa banyak pundi kacang tanpa memegangnya dengan tangan.
c. Kumpulan yang berjaya membawa pundi kacang yang paling banyak dikira sebagai pemenang.



                                

4.  Menyejukkan badan
EMK:
1. Kreativiti
2. Keusahawan



Penilaian:
Satu pundi kacang 1 mata.
BBM
1. Bangku
2. Pundi kacang
3. Tali

Refleksi

————————————————————————————————————



Aspek 2 :  Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan
Tajuk :       Manipulasi Alatan ( Melambung, Melantun dan Menyambut )
Standard  Pembelajaran : 1.4.1 Melambung, melantun dan menyambut bola.
                                      2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan
                                                pergerakan objek.
                                      5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam
                                                permainan.
                                      5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan

Objektif Pembelajaran :
1. Melakukan melambung, melantun dan meyambut bola dengan cara yang betul.
2. Menyatakan anggota yang terlibat semasa aktiviti.
3. Bekerjasama dan tidak putus asa.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1)    Memanaskan badan- Murid berjalan bebas, selepas dengar bunyi wisel, murid lari ke kon yang telah ditetapkan.

2)    Melakukan aktiviti :-
a)     Lantunan bola dan meyambut –
i. Murid dalam kumpulan kecil dengan sebiji bola.
ii. Seorang murid melambung bola, bola melantun dan murid bergerak menangkap bola tersebut.
iii. Murid yang berjaya menyambut bola akan melambung bola semula.
iv. Ulang aktiviti beberapa kali.


B) Bola 3M
i. Murid dalam kumpulan kecil.
ii. Murid 1 melambung bola kepada murid 3, dan  bergerak ke belakang murid 4
iii. Murid 3 menyambut dan melantun kepada murid 2. Murid 3 bergerak ke belakang murid 2.
iv. Ulang aktiviti beberapa kali dengan menambahkan jarak.



3.  Permaianan Kecil – ( Captain Ball)
a.  Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
b.  Setiap kumpulan memilih seorang kapten.
c.  Kapten dikehendaki berdiri di dalam di dalam gelung.
d.  Murid-murid lain akan disusun di hadapan kapten.
e. Kumpulan yang memulakan permainan akan melantun bola kepada kawan-kawan masing-masing.
f. Murid yang berjaya menangkap bola akan melantun bola kepada kawan-kawan sepasukannya.
g. Mata dikira apabila kapten Berjaya mendapatkan bola yang dilantun kepadanya.
h. Kumpulan yang tidak mendapat mata akan memulakan permainan di tengah gelanggang.

4.  Menyejukkan badan

EMK:
1. Kreativiti
2. Keusahawan


Penilaian:
Satu tangkapan bola oleh kapten dikira sebagai satu mata.
BBM
1. Bola
2. Gelung
3. Kon

Refleksi

                
_____________________________________________________________________


Aspek 3 :  Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Tajuk :       Kelenturan (Saya boleh lentur)
Standard  Pembelajaran :




Objektif Pembelajaran :
1. Menghantar pundi kacang kepada rakan dengan cara mengilas.
2. Menyatakan anggota badan  yang terlibat semasa aktiviti.
3. Bekerjasama .

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1)    Memanaskan badan- Menari ikut iringan muzik.

2)    Melakukan aktiviti :-







3.  Permaianan Kecil – ( Rimbo Rock)














4.  Menyejukkan badan


EMK:
1. Kreativiti
2. TMK


Penilaian:
Lembaran kerja

BBM:







Refleksi

_____________________________________________________________________




Aspek 4 :  Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan

Tajuk :       Kekuatan dan Daya Tahan Otot (Ototku Hebat)
Standard  Pembelajaran : 





Objektif Pembelajaran
1. Melakukan aktiviti dari stesen 1 hingga stesen 4 sekurang-kurangnya 2 daripada 3 percubaan.
2. Menyatakan anggota badan  yang terlibat semasa aktiviti.
3. Mematuhi peraturan permainan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1)    Memanaskan badan- Cabut ekor.




1)    Melakukan aktiviti :-
















3.
 




4.  Menyejukkan badan

EMK:
1. Kreativiti
2. Keusahawan

Penilaian:
Dapat menghabiskan aktiviti dari stesen 1 hingga stesen 4.




BBM










Refleksi


_________________________________________________________________



Aspek 5 :  Kesukanan

Tajuk : Rekreasi Dan Kesenggangan  (Galah Panjang)
Standard  Pembelajaran :







Objektif  Pembelajaran :
1. Melakukan aktiviti dari stesen 1 hingga stesen 4 sekurang-kurangnya 2 daripada 3 percubaan.
2. Menyatakan anggota badan  yang terlibat semasa aktiviti.
3. Mematuhi peraturan permainan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1)    Memanaskan badan- Belalang Belatuk

2)    Melakukan aktiviti :-








2.  Menyejukkan badan

EMK:
1. Kreativiti
2. Keusahawan

Penilaian:
Menyatakan peraturan galah panjang.

BBM









Refleksi


———————————————————————————————————